Thursday 25 October 2012

Ilmu Fardu Ain

Fardhu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika tidak ditunaikan maka berdosa. Setiap mukallaf diwajibkan mempelajari suatu kadar ilmu agama yang dia perlu tahu, ianya terdiri daripada akidah, bersuci, solat, puasa, zakat bagi orang diwajibkan untuk mengeluarkannya, haji bagi orang yang berkemampuan, maksiat-maksiat hati, tangan, mata dan sebagainya.


Golongan Mukallaf

Golongan inilah yang layak mentadbir alam. Mereka ialah orang yang berakal, baligh dan beragama Islam. Allah SWT memebekalkan kepada mereka akal fikiran dan sistem pentadbiran yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Setiap peribadi muslim itu mempunyai kewajibannya yang tersendiri samada berbentuk individualistik atau kemasyarakatan. Ia lebih dikenali dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.


Allah ta^ala berfirman:

                            قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ

          Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan  
orang yang tidak mengetahui”.          [Surah al-Zumar: 9]



Rasulullah sallallahu alayhi wasallam bersabda:


                            طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

           Maknanya: “Menuntut ilmu agama (yang daruri atau teras itu) adalah wajib ke atas setiap   
muslim”.         [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi]


Akibat meninggalkan Fardhu Ain 

1. Jiwa kita akan selalu rasa resah dan gelisah serta mudah terpengaruh dengan unsur negatif.

2. Kita akan mudah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah @ melakukan dosa.

3. Tidak mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T

4. Maruah diri kita menjadi buruk dan tidak mampu dijaga.

5. Akhlak akan sentiasa buruk dan sering melanggar batas dalam Islam.

Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu Fardhu Ain yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Usuluddin (aqidah)
2. Feqah (syariat)
3. Tasawuf (akhlak)
Secara ringkasnya usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam, syariat dan tasawuf ialah furu’ dan cabang-cabangnya.
Ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai di sisi ALLAH jika aqidah atau usuluddinnya telah rosak.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin ialah:
1. Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya sama ada sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil atau sifat-sifat yang harus.
2. Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya.
3. Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh ALLAH seperti Al Quran, Zabur, Injil dan Taurat.
4. Keyakinan kepada para malaikat.
5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.
6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkara-perkara lain yang perkara di alam ghaib.